Perhimpunan itu diadakan ialah bagi mendesak KPM menyelesaikan segera isu penempatan siswazah yang tidak mendapat tempat dalam perjawatan selepas mereka tamat pengajian.
KUALA LUMPUR, 7 Ogos:
Gerakan Calon Simpanan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ISMP (CSI) akan mengadakan perhimpunan bagi menuntut beberapa perkara yang perlu diselesaikan segera oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Perhimpunan itu bakal diadakan di hadapan kementerian tersebut di Putrajaya pada Isnin depan.
Pengerusinya, Ahmad Amirulah Mohd Yunan berkata, himpunan tersebut akan mengumpulkan kira-kira 1,000 graduan dan siswazah dari pelbagai pilihan pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Menurutnya, antara tujuan perhimpunan itu diadakan ialah bagi mendesak KPM menyelesaikan segera isu penempatan siswazah yang tidak mendapat tempat dalam perjawatan selepas mereka tamat pengajian.
“Mengapa setelah tamat belajar boleh berlaku ketiadaan kekosongan perjawatan dalam pilihan yang dipilih. Bagaimana unjuran yang dilakukan oleh kementerian boleh menyebabkan tiada satu pun kekosongan jawatan terhadap kami untuk menjadi seorang pendidik?
“Tiada juga satu ketetapan yang pasti untuk semua calon simpanan diberikan penempatan, sebaliknya apa yang diberi adalah satu tempoh masa yang terlalu lama hingga setahun dan siswazah terpaksa menunggu,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Rakyat Post, Khamis.
Ahmad Amirulah memberitahu, perkara lain yang turut menjadi fokus pada perhimpunan yang akan diadakan itu termasuk bantahan terhadap penilaian temuduga yang dilihat tidak membantu mereka kerana para penemuduga hanya menilai mereka dalam jangka masa 30 hingga 40 minit tanpa mengambil kira kelayakan akademik serta pencapaian kokurikulum yang dimiliki oleh mereka.
Dalam perkembangan sama beliau berkata, semua siswazah yang sudah tamat pengajian telah mendapat surat daripada pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menuntut bayaran balik pinjaman yang telah diberikan.
“Rata-rata daripada kami tidak layak memohon jawatan lain dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kerana tiada kelayakan sesuai selain bidang pendidikan.
“Bagaimana kami hendak membayar balik pinjaman PTPTN itu sekiranya tiada kerjaya dalam bidang yang dipilih,” ujarnya.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/08/07/perhimpunan-bantah-kpm-isnin-depan/#ixzz39n2E63Ds
*** Pls share this out. Appreciated your help. We want this news to be viral.
About Me
Angela (阿燕)
Hi, I am Angela, I love to travel and enjoy good food. So far, I have been to Bangkok, Taiwan, and South Korea. Will be travelling to Bali(Indonesia), Tokyo and Hokkaido and many more places.
Popular Posts
-
相信大家都知道芦荟的功效,可是大家知道哪一个牌子的比较好吗?几个星期前,我到一个岛叫Tambisan 露营。那里的蚊子就像吸血鬼一样,想把我们的血都抽干了。 我全身都给蚊子咬得又肿又痒,非常难受!最可怕的是,我的手还每天不收控制的去抓痒。就这样一来,身上都是疤痕了。 ...
-
Annyeonghaseyo,韩国我们来啦~~~基本上今年我们没打算到访韩国,可是万万没想到三个月前(8月份),AirAsia 促销韩国来回,两个人只需要RM800 ++。平常一人飞一趟韩国就要RM1000 ++ 了。所以我和Albert 就直接定了这9天8夜韩国之旅了。 ...
-
刚刚在我家附近看见这么一只的四脚蛇😱好吓人哦。现在的四脚蛇大多数都是小小的,像壁虎😄 这样大只的四脚蛇看是会攻击人吧。 这让我想起我小时候住木屋,屋子下面都是这么大只的四脚蛇! 那时候,还有很多游民来我们家隔壁抓这些四脚蛇来吃。😬好恐怖哦听起来。可是,不骗你们哦,就是有人会...
No comments:
Post a Comment